Select Page

ANAK CEMERLANG – SIAPA YG ANAK MALAS BACA BUKU? JOM BACA KISAH BENAR INI

“Arghh! Tension Mak! Tension! Kenapalah anak aku ni malas sgt nak baca buku?”

Sabtu lepas Abg ke IOI City Mall Putrajaya dgn famili

Isteri dan anak masuk Toys R us. Abg tak nak join, lalu bawa diri sorang2

Abg lalu dpn Kedai buku Borders, tp malas nak singgah sbb Abg tau kelemahan Abg

Kalau singgah kedai buku biasanya Abg akan ter…..beli buku, so Abg pun pilihlah jalan selamat

Tak lama lepas tu, Abg nampak isteri dan anak Abg keluar drpd Toys r Us berjalan dan Masuk kedai Borders

Abg macam dpt motivasi plak bila dorg masuk

Bila nampak dorg macam serius je belek belek buku

Abg pun masuk sekali dan akhirnya terjebaklah kami, sampai 3 buku

Pendekkan cerita bila dah beli buku, tak sabar le nak baca…kann…hehe
Abg la tu

Lepas tu kami ke Daiso, Abg malas nak masuk

Tunggu kat luar dan apa lagi? Abg pun buka dan mula baca buku yg dibeli

“Wah, dah baca! Rajin ayah”, kata anak Abg sejurus keluar dari Daiso

Hehe, Abg senyum je. Dlm hati berkata, rajin lah…. sangat!

Aku ni bukannya rajin baca buku pun, tp sebab nak tau punya pasal, terpaksalah paksa diri utk baca

Kenapa Abg membaca? Adakah sebab Abg rajin?

Kenapa anak anda malas membaca? Adakah sebab mereka malas?

Seriously, Abg membaca bukan sebab Abg rajin, anak anda tidak membaca bukan sebab mereka malas!

Abg membaca sebab Abg nak tahu dan nak faham. Kenapa nak tahu dan nak faham? Sebab Abg ada gol yang mahu dicapai. Untuk capai gol tu Abg kena tahu dan faham beberapa perkara/ilmu yang berkaitan dgnnya.

Ilmu dan kefahaman yang Abg dapat daripada buku tu dpt bagi Abg idea, akan bantu Abg untuk buat pilihan dan tindakan yang betul dalam proses untuk capai gol

Jadi, jika anak anda malas membaca, Abg rasa ia perkara yang normal, tak perlu nak risau sangat. Yg perlu anda risau ialah jika anak anda tak ada gol untuk dicapai

Maka dia tak ada sebab kenapa dia perlu membaca buku, atau tak ada sebab yang kuat yg mendorong dia utk membaca

Cadangan Abg yang malas membaca ni, kalau nak anak anda membaca atau rajin membaca anda kena tunjukkan dia sebab kenapa dia perlu berbuat demikian.

Anda kena bantu dia setkan gol atau matlamat kecil, sederhana dan besar untuk dia capai.

Kemudian bantu dia dalam proses mencapai matlamat tu. Contohnya belikan dia buku yang betul dan sesuai dgn gol yang ingin dicapai

Kejayaan itu mustahil utk dicapai kalau anak kita tak set apa GOL yg dia nak capai

Sebab tu, dlm Sistem Superneuron, salah satu komponen penting yg kami sediakan dlm tu ialah Workbook PMS, ada banyak sebab, dan salah satunya ialah utk anak anda buat Goal Setting, bg jelas apa gol dia nak capai dan apa Big Why dia.

-Motivasi Superneuron-

Cikgu Kamil Superneuron
(Yg Malas Membaca)

JOM SHARE dan JOIN group telegram Anak Cemerlang Luarbiasa dari Cikgu Kamil Superneuron. Group perkongsian ILMU MOTIVASI dan TEKNIK & TIPS MASTER PARENTING UNTUK ANAK GENERASI DIGITAL
Klik link ini JOIN GROUP TELEGRAM  ANAK CEMERLANG LUARBIASA
—————————————————–
Group facebook Anak Cemerlang Luarbiasa
Klik link ini JOIN GROUP FACEBOOK ANAK CEMERLANG LUARBIASA 

#Superneuron
#AnakCemerlangLuarBiasa
#SistemSuperneuron
#MotivasiSuperneuron
#CikguKamil
#MasterParenting

ANAK CEMERLANG – EXAM BOLEH SWITCH OFF POTENSI ANAK KITA

Exam seperti UPSR/PT3/SPM adalah alat yang telah digunakan oleh ramai orang termasuklah diri kita dan anak anak kita. Alat ciptaan manusia ini adalah sesuatu yang baik dan terbukti membantu dan memberi faedah kepada ramai manusia.

Namun demikian, ramai yang tak sedar, tak perasan, malah tak terfikir pun bahawa EXAM juga adalah satu alat yang SANGAT BERKESAN untuk membunuh potensi sebenar anak anak kita. Ramai yang tak perasan kerana cara kerjanya amat halus.

ADAKAH ANAK KITA SALAH SEORANG MANGSA RACUN BERBISA BERNAMA ‘EXAM’ INI?

Jika anak mengalami simptom-simptom seperi malas belajar, pergi tuisyen tapi result masih sama, pergi macam-macam program motivasi tapi masih tak berubah, besar kemungkinan potensi sebenar anak tu sedang tenat dan nazak terkena racun ini.

Bagaimana exam meracun potensi anak kita dan apa buktinya?

Saya tak nak cerita tentang orang lain, tapi saya nak kongsi dengan anda pengalaman diri saya sendiri dan sayalah bukti hidup tentang isu yang saya bangkitkan di sini. Bagaimana EXAM meracun potensi sebenar saya.

Bila result exam saya teruk dan tidak seperti yang saya harapkan, saya jadi down, self confident menjunam, rasa diri saya tak pandai. Oleh sebab masa tu umur saya masih muda, mentah dan naif, belum ada ilmu dan kefahaman tentang otak, minda dan potensi, maka saya telah buat satu kesimpulan sendiri yang akhirnya merugikan diri sendiri.

Akhirnya saya percaya sepenuh hati bahawa saya memang ditakdirkan tak pandai. Otak saya memang ditakdirkan tak hebat sepertimana kawan-kawan lain yang cemerlang akademik.

Rasa dan percaya itu letaknya di hati. Hati adalah Boss/Raja. Tak perlu saya perincikan bab ini sebab ramai yang dah tahu perkara ini. Bila Raja percaya dia tak pandai, Raja akan hantar arahan ke minda untuk merealisasikan apa yang dipercaya.

Maka minda pun akan switch off mana mana yang perlu di switch off bagi merialisasikan arahan Raja tadi. Contohnya kalau anak kita rasa dan percaya dia tak pandai matematik, minda akan switch off potensi matematiknya . Akhirnya apa yang dia percaya itu jadi realiti. Maka jadilah dia anak yang tidak pandai dalam matematik. Sebab tu hantar tuisyen pun tak berkesan, sama jer hasilnya.

Saya tak minta anda terus percaya apa yang saya katakan, cuma saya mohon anda fikirkan tentangnya dan kaitkan kisah saya dengan diri anda, pasangan dan anak-anak anda.

Jika anda boleh terima apa yang saya katakan, dan anda serius ingin bantu anak anda, maka saya suka nak kongsikan dengan anda apa kah cara terbaik untuk rawat potensi yang sedang tenat dan nazak itu supaya kembali sihat dan bertenaga hingga potensi itu dapat di switch on semula.

Caranya mudah sahaja. Tak perlu keluar duit pun. Saya akan kongsikan dalam grup telegram Anak Cemerlang Luarbiasa. Tekan link dibawah

Kredit: Cikgu Kamil Superneuron

JOM SHARE dan JOIN group telegram Anak Cemerlang Luarbiasa dari Cikgu Kamil Superneuron. Group perkongsian ILMU MOTIVASI dan TEKNIK & TIPS MASTER PARENTING UNTUK ANAK GENERASI DIGITAL
Klik link ini JOIN GROUP TELEGRAM  ANAK CEMERLANG LUARBIASA
—————————————————–
Group facebook Anak Cemerlang Luarbiasa
Klik link ini JOIN GROUP FACEBOOK ANAK CEMERLANG LUARBIASA 

#Superneuron
#AnakCemerlangLuarBiasa
#SistemSuperneuron
#MotivasiSuperneuron
#CikguKamil
#MasterParenting

ANAK CEMERLANG – 20 TIPS IBU BAPA CEMERLANG
(Khas utk bacaan Ibu Bapa)

Note: Sila share utk manfaat bersama

1) Cara mudah nak ubah anak ialah ubah diri kita dahulu, sebab aura kita mempengaruhi anak kita
2) Setiap anak ada modal neuron yg sama dgn keistimewaan&kelebihan yg berbeza
3) Bantulah anak bina imej diri positif kerana mereka bertindak berdasarkan imej diri sendiri
4) Anak kita adalah cermin diri kita
5) Ciuman di dahi dapat memberi aura pemulihan yg sangat unik kepada jiwa anak
6) Anak adalah peniru yg hebat. Berikan mereka sesuatu yg hebat utk ditiru
7) Didik anak memang tidak mudah, tapi selepas susah ada mudah
8) Berdoalah.. Doa ialah hadiah drpd mak ayah kepada anak yg tidak ternilai harganya
9) Pujian kepada anak akan membentuk keyakinan diri
10) Bila keyakinan diri anak tinggi, pelajaran pun senang nak masuk
11) Anak yg dibesarkan dgn kritikan akan cenderung membenci diri sendiri dan orang lain
12) Tanamlah yg baik2 dalam minda anak, kerana apa yg ditanam itu akan “grow”
13) Apa yg anak kita percaya, itulah yg dia akan rasa
14) Setiap fikiran perlukan energi, jangan bazirkan energi dgn fikiran yg negatif
15) Setiap fikiran adalah doa
16) Anak yg nakal masa kecil akan menjadi org dewasa yg bijaksana
17) Latihlah anak kita habit solat sejak umur mereka 7 tahun, bukan habit main gajet
18) Pelihara anak kita drpd menjadi hamba dadah digital, kerana kesan nya amatlah buruk
19) Gunakan mata lebah untuk tangkap benda baik yg anak kita buat
20) Membentuk anak cemerlang perlu dikaitkan dengan kejayaan di dunia dan kejayaan di akhirat

-Motivasi Superneuron-
Anak Cemerlang Luarbiasa

JOM SHARE dan JOIN group telegram Anak Cemerlang Luarbiasa dari Cikgu Kamil Superneuron. Group perkongsian ILMU MOTIVASI dan TEKNIK & TIPS MASTER PARENTING UNTUK ANAK GENERASI DIGITAL
Klik link ini JOIN GROUP TELEGRAM  ANAK CEMERLANG LUARBIASA
—————————————————–
Group facebook Anak Cemerlang Luarbiasa
Klik link ini JOIN GROUP FACEBOOK ANAK CEMERLANG LUARBIASA 

#Superneuron
#AnakCemerlangLuarBiasa
#SistemSuperneuron
#MotivasiSuperneuron
#CikguKamil
#MasterParenting

ANAK CEMERLANG – 5 TIPS LUANG MASA BERSAMA ANAK
(Khas utk bacaan ibu bapa)

1) 45 minit bersama anak. Ingat, anda busy macam mana pun, hingga bawa tugasan kerja ke rumah, stop dulu.. rehat dan luangkan sedikit masa dgn anak2.. 45 min sudah cukup, jika lebih masa lagi bagus..tunjuk kan perhatian anda pd mereka, buat la apa saja aktiviti sebelah ptg atau malam. Jadi pendengar yg baik utk anak2 anda.

2) Family first
Yg lain, tolak tepi dulu..anda harus utamakan tanggungjawab kpd keluarga daripada perkara lain seperti hiburan, kawan2 atau lain2..belajar ilmu mengurus masa dgn baik.

3) Gunakan waktu cuti anda sebaiknya bersama keluarga. Anda dh penat kerja, masa kerja pun tak menentu. Jadi bila dpt cuti, manfaatkan masa cuti itu utk bersama anak dgn pergi bercuti atau jalan2. Ini lah masa yg baik utk erat kan hubungan anda ibu bapa dgn anak2.

4) Bersembang dgn anak. Rajinkan diri anda dgn bertanya tentang sekolah, kawan2 dan sebagainya..
Apa yg best hari ini di sekolah ?
Apa aktiviti yg ada?
Banyak tak kerja sekolah?
Cikgu baik tak?
Belajar apa hari ini?
Ada kawan baru tak?
Tanya la apa saja yg anda rasa sesuai dan berkaitan dgn kehidupan seharian anak2. Tujuan nya kerana kita nak berkomunikasi dgn anak2 agar mereka tahu yg diri mereka sentiasa disayangi dan diberi perhatian.

5) Makan malam berjemaah bersama anak2. Sesekali cuba tanya anak apa makanan kegemaran mereka? Tunaikan permintaan jika mampu, masak lah lauk2 best yg anak anda suka. Ajak mereka makan bersama2..jadikan sesi makan malam anda ibu bapa bersama anak2, sebagai satu perkara yg best dan gembira buat mereka.

Moga bermanfaat, sila share

-Motivasi Superneuron-
Anak Cemerlang Luarbiasa

JOM SHARE dan JOIN group telegram Anak Cemerlang Luarbiasa dari Cikgu Kamil Superneuron. Group perkongsian ILMU MOTIVASI dan TEKNIK & TIPS MASTER PARENTING UNTUK ANAK GENERASI DIGITAL
Klik link ini: JOIN GROUP TELEGRAM ANAK CEMERLANG LUARBIASA
—————————————————–
Group facebook Anak Cemerlang Luarbiasa
Klik link ini JOIN GROUP FACEBOOK ANAK CEMERLANG LUARBIASA

#Superneuron
#AnakCemerlangLuarBiasa
#SistemSuperneuron
#MotivasiSuperneuron
#CikguKamil
#MasterParenting