Select Page

KESAN PUJIAN KE ATAS MINDSET ANAK KITA

GENIUS! UBAH MINDSET ANAK GUNA LEGO JE!

Pakar Psikologi dari Universiti Stanford, Professor Carol Dweck (PhD) telah melakukan kajian ke atas sekumpulan pelajar sekolah berumur antara sembilan dan sepuluh tahun.

Peringkat permulaan, setiap pelajar diberi tugasan menyusun set puzzle yang mudah. Selepas berjaya, mereka diberikan pujian.

Ada pelajar dipuji ke atas ‘kebolehannya’ dengan ayat, “Wah! Bijaknya kamu!

Ada pelajar dipuji ke atas ‘usahanya’ dengan ayat, “Wah! Kamu dah berusaha sungguh-sungguh!

Untuk tugasan berikutnya, mereka diberi set puzzle yang jauh lebih sukar dan para pengkaji memerhatikan perubahan pada tahap keyakinan diri dan motivasi pelajar.

Semasa membuat tugasan sukar itu, adakah pelajar rasa, “Aku memang tak pandai & hilang minat”, atau adakah mereka kekal yakin, bermotivasi dan terus berusaha mencari jalan untuk menyelesaikan puzzle tersebut.

Kemudian pelajar ditanya, jika diberi tugasan sekali lagi, adakah mereka pilih set puzzle yang senang atau yang sukar?

Secara umumnya, pelajar yang dipuji ke atas ‘kebolehannya’ teruja untuk pilih set puzzle yang senang. Mereka menunjukkan ciri-ciri Mindset Kekal (Fixed Mindset) di mana mereka percaya kepandaian itu telah ditetapkan dan tak boleh diubah. Pada mereka, kesusahan yang dilalui semasa menyelesaikan set puzzle yang susah itu memberi maksud diri mereka tidak bijak dan mereka rasa diri mereka memang lemah dalam menyelesaikan tugasan yang diberikan.

Sebaliknya, pelajar yang dipuji ke atas ‘usaha’ secara umumnya memilih tugasan yang sukar sebab mereka suka cabar diri untuk jadi lebih pandai. Mereka menunjukkan ciri-ciri Mindset Berkembang (Growth Mindset) di mana mereka percaya siapa pun diri mereka, mereka sentiasa ada peluang untuk jadi lebih pandai jika mereka terus berusaha. Mereka ‘rasa pandai’ bila ada kemajuan (progress) semasa sedang berusaha bersungguh-sungguh menyelesaikan tugasan yang sukar. Pada mereka, tugasan yang sukar itu adalah peluang mencabar diri dan mereka rasa pandai bila dapat melakukan tugasan yang sukar itu.

Kesimpulannya, walaupun umumnya pujian itu bagus, namun ada jenis pujian yang boleh mendatangkan kesan tidak baik pada anak.

Jika memuji anak, pilihlah jenis pujian yang boleh membentuk Mindset Berkembang dalam diri mereka. Mindset berkembang akan memandu anak untuk terus cemerlang.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda semua.

Klik untuk join Chanel Telegram kami;

⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️

t.me/CikguKamil

Untuk dapatkan khidmat Cikgu Kamil bantu ubah mindset anak dengan segera secara ONLINE, klik link di bawah;

⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️

www.superneuron.my

GENIUS! CARA UBAH MINDSET ANAK YANG KAKI MAIN GAME!

GENIUS! CARA UBAH MINDSET ANAK YANG KAKI MAIN GAME!

Anak Kaki Game_Cikgu Kamil

Berdasarkan soal selidik yang dibuat terhadap 3000 ibubapa di beberapa negeri di Malaysia, saya dapati masalah “Anak Ketagihan Main Game” termasuk dalam 5 masalah utama yang dihadapi ibubapa. Masalah ketagihan game ini amat membimbangkan kerana banyak mendatangkan masalah yang berulang.

Jadi hari ini saya nak kongsi satu teknik MUDAH ubah mindset anak yang kaki main game.

Bila mindsetnya berubah, insyaAllah ketagihan dapat dikurangkan sedikit demi sedikit. Jadi mereka ada lebih masa untuk buat perkara yang lebih berfaedah dan menguntungkan.

Mudah je caranya.

Sembang-sembang santai je dengan anak, banyakkan senyum dan jangan marah-marah.

Gunakan skrip/panduan di bawah dan ubah ikut kesesuaian anak anda.

_______________________________________________________________________________________________________________________________________

“Hari ini ayah nak BONGKAR RAHSIA macam mana nak jadi pandai dalam apa saja perkara yang kamu suka. Cuba bagitahu ayah tiga perkara yang kamu nak jadi pandai?

(Bagi anak masa untuk fikir dan jawab)


1.______________
2._____________
3._____________

Okay bagus. Tapi sebelum tu ayah nak bagitahu, dalam otak kamu ada banyak lego. Kalau kamu rajin sambung lego tu, macam-macam benda kamu boleh buat. Lego yang ayah maksudkan itu ialah sel otak, namanya Neuron. Sel otak pun kena sambungkan macam lego. Lagi banyak neuron bersambung lagi banyak perkara yang kamu akan pandai.

Dulu masa kamu mula-mula main game, kamu pun tak pandai sangat, selalu sangkut kat level sama je, selalu je kamu kalah. Tapi kamu tak puas hati, cuba lagi banyak kali sampailah kamu jadi semakin pandaikan?

Macam mana kamu jadi makin pandai main game? Sebab masa main game, kamu sedang berlatih sambungkan neuron kamu sedikit demi sedikit dan kamu tak give up. Sebab tu kamu dah pandai sekarang!

Kamu rasa kalau kamu malas berlatih main game, boleh ke tiba-tiba kamu jadi pandai game macam sekarang?

Kamu rasa, kenapa kamu masih lemah baca Quran, lemah Matematik, lemah Bahasa Inggeris?

Sebab kamu tak rajin berlatih baca Quran, buat latihan Matematik dan Bahasa Inggeris. Sayangnya… Masa kamu banyak habis berlatih main game je… Ruginya masa kamu!

Masa tak boleh diulang.

Sekarang kamu fahamkan? Kepandaian kamu adalah tanggungjawab kamu.

Dan kamu sentiasa ada ‘KUASA’ untuk pilih. Kalau kamu pilih berlatih main game je, kamu kurang masa untuk berlatih dan study subjek lain. Nanti kamu lemah dalam pelajaran, kamu akan ketinggalan.

Ayah tak boleh tolong kamu sebab neuron tu dalam otak kamu. Kamu kena usaha sendiri.

Jadi lepas ni, kamu BUATLAH PILIHAN YANG BETUL DAN BIJAK.

Ayah tahu anak ayah bijak. Sebab tu anak ayah pilih untuk lebih banyak study pelajaran dan mengaji Quran daripada main game. Betul tak?”

_______________________________________________________________________________________________________________________________________ Selamat Mencuba!

Jangan lupa share content ini kepada kawan-kawan ya 😊

t.me/CikguKamil

GENIUS! UBAH MINDSET ANAK GUNA LEGO JE!

GENIUS! UBAH MINDSET ANAK GUNA LEGO JE!

Berdasarkan pengalaman saya bersemuka dengan lebih 60,000 pelajar sekolah rendah dan menengah di serata negeri, saya dapati kecemerlangan pelajar ditentukan oleh jenis Mindset yang dimilikinya.

Pelajar cemerlang memiliki Mindset Berkembang (Growth Mindset), pelajar yang kurang cemerlang memiliki Mindset Kekal (Fixed Mindset) .

Jadi, saya nak share teknik paling mudah untuk betulkan mindset anak anda supaya mudah untuk cemerlang.

Mudah je caranya.

Buat sambil sembang-sembang santai sahaja dengan anak. Gunakan skrip/panduan di bawah.

————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————

“Bayangkan ayah bagi kamu 10 unit lego kecil. Berapa banyak benda yang kamu boleh buat dengan 10 unit lego tu?

Kamu boleh sambung lego jadi kapal terbang tetapi kapal terbang tak boleh jadi kalau tak sambungkan lego tu.

Bayangkan kamu ada 30 unit lego, kamu boleh sambung lego jadi kapal terbang, kuda, dan rumah.

Bayangkan kamu ada 1,000 000 unit lego. Macam-macam benda kamu boleh buat kan? Dengan syarat kamu kena rajin sambungkan lego tu.

Dalam otak kamu pun ada benda seperti lego, namanya Neuron, namun saiznya sangat kecil. Neuron ni bukan ada 10, bukan 30, bukan sejuta tapi sejuta kali sejuta = 100 bilion neuron. Syukur, terima kasih Allah.

Kamu boleh sambungkan neuron tu untuk jadikan kamu pandai baca Quran, pandai Matematik, pandai main bola, pandai masak, pandai melukis, pandai apa sahaja pelajaran yang kamu nak pandai. Dengan syarat kamu rajin berusaha untuk sambungkan neuron kamu.

Sama macam sambung lego, buat sekali tak jadi, kamu cuba lagi banyak kali sampai berjaya jadi kapal terbang.

Sambung neuron pun macam tu, kamu kena cuba banyak kali, gagal banyak kali, pening, keliru…. Baru neuron akan bersambung dan jadikan kamu pandai.”

————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————

Selepas ibubapa terangkan pasal Analogi Lego ni, anak akan mula faham bahawa kepandaian itu boleh ditambah. Ia bukan telah ditetapkan. Bukan anugerah semulajadi. Ia adalah sesuatu yang mesti diusahakan, baru boleh dapat. Anak akan teruja nak belajar sebab mereka tahu mereka ada ‘kuasa’ untuk menentukan tahap kepandaian mereka.

Mereka faham bahawa kepandaian bukan datang sendiri, tapi ia akan datang selepas kita berusaha sambungkan neuron. Anak faham kepandaian mereka adalah tanggungjawab diri sendiri, bukan tanggungjawab mak, ayah, cikgu. Anak akan suka belajar, suka cabaran, tak takut buat silap, tak malu buat silap, belajar dari kesilapan, tak mudah putus asa.

Kesimpulannya, kefahaman yang anak dapat melalui analogi lego ni akan jadikan mereka pelajar yg memiliki Mindset Berkembang.

Selamat mencuba😊

http://t.me/CikguKamil

Nota:

Alhamdulillah, Allah bagi saya ilham menulis tentang Analogi Lego ni dan saya ambil tanggungjawab untuk sebarkan ilmu Allah ini kepada ibubapa yang memerlukan.

Mohon share ilmu ini kepada kawan-kawan anda ya.

Terima Kasih

Cikgu Kamil😊

Dedikasi Untuk Sahabat-Sahabatku Di Minggu-Minggu Sibuk.

Dedikasi Untuk Sahabat-Sahabatku Di Minggu-Minggu Sibuk

Ada cikgu minat buat fail, fail dia cantik. Tengok kulit depan pun hati dah berbunga-bunga. Habis masa kat fail pun takpe. Tu kepuasan dia.

Ada cikgu suka sukan. Bab sukan dia nombor 1. Sukan apa pun dia hebat..bukan main2 kat sekolah saja. Boleh wakil sekolah lagi.

Ada cikgu bijak berkata2. Dia baru pegang mikrofon, murid dah diam. Dia buka ja mulut, murid pasang telinga. Ucapan cikgu tu macam jampi.. Terpukau semua.. diam, dengar dan fokus.

Ada cikgu suka bagi nasihat. Lembut, sedap didengar. Bukan murid sahaja, cikgu-cikgu pun rasa ditarbiah. Halus berhikmah, makan dalam… 😉

Ada cikgu minat menghias. Pantang kerusi meja togel, dia balutkan baju. Ikat riben, letak skirting. Lantai bilik berkarpet, sekejap masuk macam IKEA…kadang macam taman bunga pun ya.

Ada cikgu suka masuk pertandingan. Asal ada pertandingan, dia akan bawa pasukan. Berlatih berhari-hari, mingu dan bulan. Murid dapat sijil, dapat belajar, dapat keyakinan, cikgu dapat pengalaman dan kawan. Best kan..

Ada cikgu suka bahagian data. Malam-malam sanggup berjaga. SAPS, Headcount, jadual exam, gred purata, semua formula dalam kepala dia saja. Ini gila🤣🤣
Tapi lagi gila sekolah kalau dia takda..

Ada cikgu suka bergaya. Sekejap kurung sekejap kebaya. Pin di dagu, bahu dan atas kepala itu biasa. Sekarang pakai mask, jarang nampak make up di muka.

Ada cikgu macam lipas.. Nampak diam, kerjanya pantas. Jawatannya banyak, berat menggalas. Bising dan merungut juga, tapi hairan akhirnya siap juga tugas.

Ada juga yang bab makan dia laju. Sesampainya di sekolah, kantin dulu dia tuju.
Kalau boleh pot luck buat selalu. Selang sehari atau 2 kali seminggu. Kongsi rezeki katanya, kan baik begitu..

Siapa kata kaunselor itu bukan cikgu? Dari tingkatan satu hingga alumni, semua dia sapu.
Bimbing, nasihat, buat program, cari peluang kerjaya, dia teliti satu-satu. Rasanya hanya kaunselor kenal semua murid yang perangainya beribu.

Ada cikgu low profile sahaja. Kerja siap, baca whatsapp tapi silent reader statusnya. Habis kerja, balik rumah. Bangun pagi datang kerja. Berbual pun sesekali terserempak sahaja. Itu rutin biasa katanya.

Tak ada cikgu pun yang sama…dan tak seronok pun kalau semua orang tak berbeza.

Yang samanya…kita..

Sama-sama mengajar
Sama-sama mendidik
Anak murid yang sama
Di sekolah yang sama.

Sekali kita jadi cikgu, sampai mati kita dipanggil cikgu..

Moga perjuangan kita dirahmati.
Terus kuat sahabat-sahabat sekalian..

-Tidak bernama

Cara Anak Belajar Sebenarnya Berbeza-beza Bergantung Pada Karakter & Personaliti Mereka

Cara Anak Belajar Sebenarnya Berbeza-Beza Bergantung Pada Karakter & Personaliti Mereka

Mana-mana ibu bapa di dunia ini pastinya akan mengharapkan anak membesar menjadi seorang insan yang berguna dan mencapai kejayaan dalam hidup. Justeru, anda perlulah bijak dalam menentukan cara anak belajar dengan betul tanpa paksaan.

Kebanyakan anak kecil yang terdedah dengan masa di skrin telefon pintar atau televisyen dikatakan tidak berminat dalam proses pembelajaran seperti mengulang kaji ataupun membaca buku. 

Tips Anak Belajar Perlulah Mengikut Karakter Mereka

Tidak hanya mereka sahaja kurang gemar membaca buku, golongan dewasa kini lebih selesa mendapatkan sesuatu pengetahuan hanya dihujung jari sahaja. Kecanggihan teknologi dalam bidang komunikasi pada hari ini tidaklah 100 peratus memberikan kesan buruk, kerana ia bergantung pada cara penggunaan dan pendedahan terhadap sesuatu informasi. 

Berdasarkan perkongsian Taufiq Razi, ibu ayah sekiranya ada anak yang masih belajar, dinasihatkan untuk membaca dan mendalami ilmu penting ini.

Cara anak belajar sebenarnya adalah berbeza-beza dan ia amat bergantung kepada karakter dan personaliti mereka. Mereka boleh belajar seperti biasa tetapi kalau kena cara dan mengikut karakter dan personaliti, maka ilmu yang diperoleh adalah lebih mudah diserap dan berkesan untuk perkembangan minda.

Justeru, barulah mereka mudah memahami apa yang sudah dipelajari dan meletakkan target untuk skor exam.

  • Ada anak fokusnya pendek. Kena banyak belajar di luar kelas dan buat banyak aktiviti.
  • Ada anak yang jenis competitive. Mereka suka nak menang dan menggemari kata-kata pujian. Jadi, anak-anak akan meletakkan segala usaha untuk berlawan dengan rakan sebayanya.
  • Ada anak yang family style focus. Dia akan cepat serap ilmu yang dia pelajari sekiranya dia belajar secara berkumpulan.
  • Ada anak suka belajar dalam keadaan sekelilingnya kemas dan teratur. Sekiranya tempat belajarnya tidak kemas, memang dia jadi tidak boleh fokus serta rasa terbeban. 
  • Ada anak yang jenis paling hebat belajar apabila diberitahu yang dia akan menjadi contoh kepada para pelajar yang lain.

InsyaAllah bila cara belajar ini sesuai dengan karakter dan personaliti anak,maka ibu ayah janganlah berasa pelik sekiranya tiba-tiba mereka menjadi hebat sehingga rajin belajar.

Mungkin selama ini bukan anak kita belajar tu tidak kena dengan personaliti serta karakter mereka. 

Punca Anak Jadi Hilang Minat Untuk Belajar

Cara yang digalakkan ialah ibu ayah perlu bergabung tenaga dan duduk bersama memberikan “semangat” kepada mereka untuk lebih rajin mengulang kaji pelajaran ataupun membaca buku cerita.

Namun, pernah ibu ayah rasa hampir berputus asa setelah berbuih mulut menyuruh anak-anak ambil buku dan belajar? Tapi semua tu ibarat sia-sia dan masuk telinga kiri, keluar telinga kanan. Kesudahannya mulalah mengambil rotan!

Sebenarnya banyak kajian menunjukkan persekitaran yang tidak ceria dan membosankan membuatkan anak-anak berasa malas. Ibu suka berleter, ayah yang reaks dan tidak kisah membuatkan mereka mengambil kesempatan.

Antara punca anak hilang rasa untuk belajar ialah:

  1. Ibu ayah suka bergaduh di hadapan anak-anak. Keadaan ini menjadi punca gangguan emosi sehingga mereka berasa bosan duduk di rumah, malas belajar dan lebih gemar melayari telefon pintar.
  2. Jadual seharian yang padat. Tidak seperti zaman ibu ayah bersekolah dahulu, kini waku mereka belajar menjadi agak mencabar. Pagi sehingga petang mereka perlu berada di sekolah, hanya malam sahaja tidak melakukan apa-apa, namun fizikal mental mereka sudah tentu penat.
  3. Selalu membandingkan adik-beradik yang lain. Kebanyakan ibu ayah sering melakukan kesilapan ini dengan hanya meliat taraf pencapaian dalam bidang akademik semata-mata. Setiap anak sebenarnya memiliki kelebihan dan juga kekurangan, jika mereka lemah dalam pembelajaran, bantulah setakat yang mampu tanpa memaksa mereka untuk sentiasa belajar dalam tempoh lama.

SUMBER: Taufiq Razif, Catsfm

KREDIT: theAsianparent