Select Page

Cikgu Kamil Penipu!

Aku diberitahu sebelum ni oleh pihak Superneuron, Motivasi Online Teknik Superneuron (MOTS) adalah untuk pelajar sekolah rendah dan menengah. Mereka kata ia teknologi minda terkini yang kononnya boleh mengubah anak sepantas dua jam dengan hanya menonton video MOTS secara Online.

Termakan dengan janji-janji manis mereka, aku pun terbeli MOTS untuk anak-anak aku.
Dan oleh kerana rasa ingin tahu aku yang tinggi, sebelum bagi anak-anak tengok, aku sendiri tengok dulu video tu. Teruja nak tahu, apa sebenarnya yang Cikgu Kamil ajar dalam tu sampai boleh mengubah anak-anak hanya dengan menonton video 2 jam.

Jadi apa yang boleh aku katakan ialah, video tu memang power! Maksud aku power ialah, sebab aku sendiri pun boleh terjebak tengok video tu sampai habis. Dua jam kot! Dah macam tengok wayang. Ralit je layan, tup-tup dah sampai chapter yang terakhir.

Walaupun video tu sebenarnya ialah video motivasi, tapi aku sendiri pun tak sedar yang aku sebenarnya sedang dimotivasikan secara halus mulus je oleh Cikgu Kamil. Hahahah, pada aku video ni memang power

Lepas tengok video tu memang aku ada rasa macam, ah…ruginya aku tak tahu ilmu ni masa sekolah dulu. Kalau aku tahu ilmu ni awal, rasanya aku tak jadi seperti diri aku sekarang. Rasanya aku adalah diri aku yang 10 kali ganda lebih hebat dan cemerlang!

So, berdasarkan pengalaman aku sendiri menonton video MOTS ni, aku nampak ada 3 manfaat besar yang aku dapat

1. Aku faham dan aku jelas apakah rahsia sebenar untuk pandai dalam apa sahaja subjek/pelajaran yang aku nak pandai

2. Video tu mengubah cara aku melihat diri sendiri. Aku tahu apa sebenarnya potensi aku

3. Aku jadi bersemangat dan tak mudah putus asa sebab aku faham konsep untuk berjaya

Aku sebagai ayah yang dah tua ni pun rasa terbakar nak improve diri aku, ada rasa menyesal dulu tak belajar sungguh-sungguh, jadi aku rasa memang MOTS ni patut ada dalam setiap keluarga di Malaysia ni. Aku rasa inilah cara yang paling tepat untuk bantu anak kita jadi cemerlang

Jadi, kalau Cikgu Kamil kata MOTS khas untuk pelajar sekolah rendah dan menengah jer, aku rasa macam tertipu!

Aku sangat tidak setuju, sebab aku yang dah jadi ayah ni pun patut atau wajib tahu ilmu ini sebab aku dapat rasa sendiri impaknya pada aku yang dah tua ni. huhu