Select Page

Desikasi Untuk Sahabat-Sahabtku Di Minggu-Minggu Sibuk

Ada cikgu minat buat fail, fail dia cantik. Tengok kulit depan pun hati dah berbunga-bunga. Habis masa kat fail ja pun takpa. Tu kepuasan dia.

Ada cikgu suka sukan. Tang sukan dia nombor 1. Sukan apa pun dia hebat..bukan main2 kat sekolah saja. Boleh wakil sekolah lagi.

Ada cikgu bijak berkata2. Dia baru pegang mikrofon, murid dah diam. Dia buka ja mulut, murid pasang telinga. Ucapan cikgu tu macam jampi.. Terpukau semua.. diam, dengar dan fokus.

Ada cikgu suka bagi nasihat. Lembut, sedap didengar. Bukan murid sahaja, cikgu-cikgu pun rasa ditarbiah. Halus berhikmah, makan dalam… 😉

Ada cikgu minat menghias. Pantang kerusi meja togel, dia balutkan baju. Ikat riben, letak skirting. Lantai bilik berkarpet, sekejap masuk macam IKEA…kadang macam taman bunga pun ya.

Ada cikgu suka masuk pertandingan. Asal ada pertandingan, dia akan bawa pasukan. Berlatih berhari-hari, mingu dan bulan. Murid dapat sijil, dapat belajar, dapat keyakinan, cikgu dapat pengalaman dan kawan. Best kan..

Ada cikgu suka bahagian data. Malam-malam sanggup berjaga. SAPS, Headcount, jadual exam, gred purata, semua formula dalam kepala dia saja. Ini gila🤣🤣
Tapi lagi gila sekolah kalau dia takda..

Ada cikgu suka bergaya. Sekejap kurung sekejap kebaya. Pin di dagu, bahu dan atas kepala itu biasa. Sekarang pakai mask, jarang nampak make up di muka.

Ada cikgu macam lipas.. Nampak diam, kerjanya pantas. Jawatannya banyak, berat menggalas. Bising dan merungut juga, tapi hairan akhirnya siap juga tugas.

Ada juga yang bab makan dia laju. Sesampainya di sekolah, kantin dulu dia tuju.
Kalau boleh pot luck buat selalu. Selang sehari atau 2 kali seminggu. Kongsi rezeki katanya, kan baik begitu..

Siapa kata kaunselor itu bukan cikgu? Dari tingkatan satu hingga alumni, semua dia sapu.
Bimbing, nasihat, buat program, cari peluang kerjaya, dia teliti satu-satu. Rasanya hanya kaunselor kenal semua murid yang perangainya beribu.

Ada cikgu low profile sahaja. Kerja siap, baca whatsapp tapi silent reader statusnya. Habis kerja, balik rumah. Bangun pagi datang kerja. Berbual pun sesekali terserempak sahaja. Itu rutin biasa katanya.

Tak ada cikgu pun yang sama…dan tak seronok pun kalau semua orang tak berbeza.

Yang samanya…kita..

Sama-sama mengajar
Sama-sama mendidik
Anak murid yang sama
Di sekolah yang sama.

Sekali kita jadi cikgu, sampai mati kita dipanggil cikgu..

Moga perjuangan kita dirahmati.
Terus kuat sahabat-sahabat sekalian..

-Tidak bernama