Teknik ubah mindset anak menggunakan lego

Teknik Ubah Mindset Anak Menggunakan Lego

Daripada pengalaman saya menyampaikan ceramah motivasi kepada lebih 60,000 pelajar sekolah rendah dan menengah di serata negeri, saya dapati bahawa kecemerlangan pelajar ditentukan oleh jenis Mindset yang dimilikinya. Pelajar cemerlang memiliki Mindset Berkembang (Growth Mindset), pelajar yang kurang cemerlang memiliki Mindset Kekal (Fixed Mindset) .

Jadi, dalam penulisan kali ini saya nak kongsi teknik paling mudah untuk betulkan mindset anak anda supaya mudah untuk cemerlang. Mudah je caranya, buat sambil sembang-sembang santai dengan anak. Gunakan skrip/panduan di bawah.

“Bayangkan ayah bagi kamu 10 unit lego kecil. Berapa banyak benda yang kamu boleh buat dengan 10 unit lego tu? Kamu boleh sambung lego jadi kapal terbang tetapi kapal terbang tak boleh jadi kalau tak sambungkan lego tu. Bayangkan kamu ada 30 unit lego, kamu boleh sambung lego jadi kapal terbang, kuda, dan rumah. Bayangkan kamu ada 1,000 000 unit lego. Macam-macam benda kamu boleh buat kan? Dengan syarat kamu kena rajin sambungkan lego tu.

Dalam otak kamu pun ada benda seperti lego, namanya Neuron, namun saiznya sangat kecil. Neuron ni bukan ada 10, bukan 30, bukan sejuta tapi sejuta kali sejuta = 100 bilion neuron. Syukur, terima kasih Allah. Kamu boleh sambungkan neuron tu untuk jadikan kamu pandai baca Quran, pandai Matematik, pandai main bola, pandai masak, pandai melukis, pandai apa sahaja pelajaran yang kamu nak pandai. Dengan syarat kamu rajin berusaha untuk sambungkan neuron kamu.

Sama macam sambung lego, buat sekali tak jadi, kamu cuba lagi banyak kali sampai berjaya jadi kapal terbang. Sambung neuron pun macam tu, kamu kena cuba banyak kali, gagal banyak kali, pening, keliru…. Baru neuron akan bersambung dan jadikan kamu pandai.”

Selepas ibubapa terangkan analogi Lego ni, anak akan mula faham bahawa kepandaian itu boleh ditambah. Ia bukan telah ditetapkan. Bukan anugerah semulajadi. Ia adalah sesuatu yang mesti diusahakan, baru boleh dapat. Anak akan teruja nak belajar sebab mereka tahu mereka ada ‘kuasa’ untuk menentukan tahap kepandaian mereka.

Mereka faham bahawa kepandaian bukan datang sendiri, tapi ia akan datang selepas kita berusaha sambungkan neuron. Anak faham kepandaian mereka adalah tanggungjawab diri sendiri, bukan tanggungjawab mak, ayah, cikgu. Anak akan suka belajar, suka cabaran, tak takut buat silap, tak malu buat silap, belajar dari kesilapan, tak mudah putus asa.

Kesimpulannya, kefahaman yang anak dapat melalui analogi lego ni akan jadikan mereka pelajar yg memiliki Mindset Berkembang.

Selamat mencuba

http://t.me/CikguKamil