Select Page

GENIUS! CARA UBAH MINDSET ANAK YANG KAKI MAIN GAME!

Anak Kaki Game_Cikgu Kamil

Berdasarkan soal selidik yang dibuat terhadap 3000 ibubapa di beberapa negeri di Malaysia, saya dapati masalah “Anak Ketagihan Main Game” termasuk dalam 5 masalah utama yang dihadapi ibubapa. Masalah ketagihan game ini amat membimbangkan kerana banyak mendatangkan masalah yang berulang.

Jadi hari ini saya nak kongsi satu teknik MUDAH ubah mindset anak yang kaki main game.

Bila mindsetnya berubah, insyaAllah ketagihan dapat dikurangkan sedikit demi sedikit. Jadi mereka ada lebih masa untuk buat perkara yang lebih berfaedah dan menguntungkan.

Mudah je caranya.

Sembang-sembang santai je dengan anak, banyakkan senyum dan jangan marah-marah.

Gunakan skrip/panduan di bawah dan ubah ikut kesesuaian anak anda.

_______________________________________________________________________________________________________________________________________

“Hari ini ayah nak BONGKAR RAHSIA macam mana nak jadi pandai dalam apa saja perkara yang kamu suka. Cuba bagitahu ayah tiga perkara yang kamu nak jadi pandai?

(Bagi anak masa untuk fikir dan jawab)


1.______________
2._____________
3._____________

Okay bagus. Tapi sebelum tu ayah nak bagitahu, dalam otak kamu ada banyak lego. Kalau kamu rajin sambung lego tu, macam-macam benda kamu boleh buat. Lego yang ayah maksudkan itu ialah sel otak, namanya Neuron. Sel otak pun kena sambungkan macam lego. Lagi banyak neuron bersambung lagi banyak perkara yang kamu akan pandai.

Dulu masa kamu mula-mula main game, kamu pun tak pandai sangat, selalu sangkut kat level sama je, selalu je kamu kalah. Tapi kamu tak puas hati, cuba lagi banyak kali sampailah kamu jadi semakin pandaikan?

Macam mana kamu jadi makin pandai main game? Sebab masa main game, kamu sedang berlatih sambungkan neuron kamu sedikit demi sedikit dan kamu tak give up. Sebab tu kamu dah pandai sekarang!

Kamu rasa kalau kamu malas berlatih main game, boleh ke tiba-tiba kamu jadi pandai game macam sekarang?

Kamu rasa, kenapa kamu masih lemah baca Quran, lemah Matematik, lemah Bahasa Inggeris?

Sebab kamu tak rajin berlatih baca Quran, buat latihan Matematik dan Bahasa Inggeris. Sayangnya… Masa kamu banyak habis berlatih main game je… Ruginya masa kamu!

Masa tak boleh diulang.

Sekarang kamu fahamkan? Kepandaian kamu adalah tanggungjawab kamu.

Dan kamu sentiasa ada ‘KUASA’ untuk pilih. Kalau kamu pilih berlatih main game je, kamu kurang masa untuk berlatih dan study subjek lain. Nanti kamu lemah dalam pelajaran, kamu akan ketinggalan.

Ayah tak boleh tolong kamu sebab neuron tu dalam otak kamu. Kamu kena usaha sendiri.

Jadi lepas ni, kamu BUATLAH PILIHAN YANG BETUL DAN BIJAK.

Ayah tahu anak ayah bijak. Sebab tu anak ayah pilih untuk lebih banyak study pelajaran dan mengaji Quran daripada main game. Betul tak?”

_______________________________________________________________________________________________________________________________________ Selamat Mencuba!

Jangan lupa share content ini kepada kawan-kawan ya 😊

t.me/CikguKamil