Select Page

GENIUS! UBAH MINDSET ANAK GUNA LEGO JE!

Pakar Psikologi dari Universiti Stanford, Professor Carol Dweck (PhD) telah melakukan kajian ke atas sekumpulan pelajar sekolah berumur antara sembilan dan sepuluh tahun.

Peringkat permulaan, setiap pelajar diberi tugasan menyusun set puzzle yang mudah. Selepas berjaya, mereka diberikan pujian.

Ada pelajar dipuji ke atas ‘kebolehannya’ dengan ayat, “Wah! Bijaknya kamu!

Ada pelajar dipuji ke atas ‘usahanya’ dengan ayat, “Wah! Kamu dah berusaha sungguh-sungguh!

Untuk tugasan berikutnya, mereka diberi set puzzle yang jauh lebih sukar dan para pengkaji memerhatikan perubahan pada tahap keyakinan diri dan motivasi pelajar.

Semasa membuat tugasan sukar itu, adakah pelajar rasa, “Aku memang tak pandai & hilang minat”, atau adakah mereka kekal yakin, bermotivasi dan terus berusaha mencari jalan untuk menyelesaikan puzzle tersebut.

Kemudian pelajar ditanya, jika diberi tugasan sekali lagi, adakah mereka pilih set puzzle yang senang atau yang sukar?

Secara umumnya, pelajar yang dipuji ke atas ‘kebolehannya’ teruja untuk pilih set puzzle yang senang. Mereka menunjukkan ciri-ciri Mindset Kekal (Fixed Mindset) di mana mereka percaya kepandaian itu telah ditetapkan dan tak boleh diubah. Pada mereka, kesusahan yang dilalui semasa menyelesaikan set puzzle yang susah itu memberi maksud diri mereka tidak bijak dan mereka rasa diri mereka memang lemah dalam menyelesaikan tugasan yang diberikan.

Sebaliknya, pelajar yang dipuji ke atas ‘usaha’ secara umumnya memilih tugasan yang sukar sebab mereka suka cabar diri untuk jadi lebih pandai. Mereka menunjukkan ciri-ciri Mindset Berkembang (Growth Mindset) di mana mereka percaya siapa pun diri mereka, mereka sentiasa ada peluang untuk jadi lebih pandai jika mereka terus berusaha. Mereka ‘rasa pandai’ bila ada kemajuan (progress) semasa sedang berusaha bersungguh-sungguh menyelesaikan tugasan yang sukar. Pada mereka, tugasan yang sukar itu adalah peluang mencabar diri dan mereka rasa pandai bila dapat melakukan tugasan yang sukar itu.

Kesimpulannya, walaupun umumnya pujian itu bagus, namun ada jenis pujian yang boleh mendatangkan kesan tidak baik pada anak.

Jika memuji anak, pilihlah jenis pujian yang boleh membentuk Mindset Berkembang dalam diri mereka. Mindset berkembang akan memandu anak untuk terus cemerlang.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda semua.

Klik untuk join Chanel Telegram kami;

⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️

t.me/CikguKamil

Untuk dapatkan khidmat Cikgu Kamil bantu ubah mindset anak dengan segera secara ONLINE, klik link di bawah;

⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️

www.superneuron.my