Select Page

Kisah Budak Corot Skor Matematik Spm

Mungkin sebab dilahirkan dalam persekitaran yg tidak menyokong utk cemerlang matematik menjadikan dirinya selalu memandang rendah dgn kemampuan diri sendiri.

Perjalanan corot matematiknya bermula di tingkatan satu SMK Toh Johan Trong Taiping Perak.

Elis tak minat, tak enjoy, tak pernah lulus matematik masa di tingkatan satu. Programming negatif “aku tak pandai math” yg tertanam dlm minda Elis sejak kecil menyebabkan potensi matematiknya terkunci ketat dlm diri.

Pengalaman gagal matematik sejak tingkatan satu mengukuhkan lagi programming negatif tadi sehingga menyebabkan nasib malang Elis berlarutan sehingga ke tingkatan lima. Mujurlah di awal tahun pihak sekolahnya mengadakan sebuah program motivasi “Berani Berubah” anjuran unit Kaunseling.

Tindakan berani pihak sekolah mengadakan program susulan intensif “Rawat Hati Reprogram Minda” khas buat calon Spm benar-benar memberi cahaya dan harapan baru kdp Elis dan teman-teman yg senasib.

Selepas sesi rawatan, jelas terpancar cahaya harapan baru di wajah Elis dan kawan-kawannya. Mereka mula menunjukkan perubahan aneh yg belum pernah terjadi sebelumnya. Masing-masing sudah mula percaya dgn potensi diri mereka. Potensi diri yg terkunci selama beberapa tahun sudah mula terbuka sedikit demi sedikit umpama biji benih yg baru mula mengeluarkan tunasnya.

Elis semakin rajin dan bersungguh-sungguh belajar dan mengulangkaji pelajaran matematik. Kegagalan demi kegagalan ditempuhinya utk memahami konsep asas matematik bagi setiap topik.

Memang bukan kerja mudah sebab Elis dah banyak ketinggalan terutamanya topik-topik lama masa di tingkatan satu sampai empat. Bukan mudah bagi Elis utk menghadapinya. Namun dgn Programming baru yg ditanam dlm diri Elis menjadikan dirinya seorang yg kuat dlm mempercayai potensi diri sendiri.

Elis pantang mengalah, tidak seperti sebelumnya. Walaupun terus berhadapan dgn kekeliruan, stress dan tertekan utk memahamkan topik-topik matematik, Elis tak patah semangat dan terus komited dlm berusaha.

Selepas beberapa bulan, Elis mula menunjukkan perubahan result yg luarbiasa. Daripada tak pernah lulus matematik sejak tingkatan satu, Elis berjaya cipta sejarah pertama utk dirinya. Walaupun sekadar dpt cukup-cukup makan, namun Elis semakin percaya dgn kemampuan matematiknya.

Beliau semakin teruja dan bersemangat utk terus berusaha. Benarlah kata pepatah, “jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya”

Semasa ujian percubaan SPM, prestasi matematik Elis semakin naik walaupun tidak sebaik yg diharapkan. Namun Elis bertambah ghairah dgn matematik. Semakin minat dan enjoy buat matematik. Hubungan dgn guru matematik dan rakan-rakan study grup matematik juga bertambah erat dan mesra.

Mereka sering berjumpa, bertanya dan study matematik bersama.

Dipendekkan cerita, ketika hari keputusan SPM 2018 diumumkan, Elis menangis dalam gembira kerana usaha kerasnya selama ini membuahkan hasil. Elis berjaya mengubah nasibnya drpd corot matematik dan berjaya dpt kredit matematik dlm Spm!

Dengan menggenggam erat Kredit Matematik Spm, perjalanan Elis utk melanjutkan pelajaran di peringkat yg lebih tinggi di dalam bidang yg diminati akan menjadi mudah. Semoga Elis berjaya mencapai kerjaya impiannya dan mampu terbang tinggi dalam kerjaya dan kehidupan.

Kredit:
CIKGU KAMIL
Superneuron

www.superneuron.com.my