Select Page

MISI MENCARI PETA AGUNG Alhamdulillah, semasa artikel ini ditulis , misi ni sudah sampai ke siri yg ke 10 Idea ini tercetus semasa PKP.

Semasa dan selepas PKP ramai orang mengalami kesusahan akibat sumber pendapatan yg terjejas teruk Tidak terkecuali, bisnes kami di Superneuron juga terjejas teruk sehingga berbulan langsung tidak ada pendapatan.

Ketika ramai yg susah hati dan merungut menyalahkan keadaan, saya terfikir tentang Penolong sebenar iaitu Allah SWT Jadi sy mendapat idea utk buat sesuatu yg agak luarbiasa yg Allah suka iaitu menyampaikan dakwah dgn cara yg saya mampu buat.

Maka tercetuslah idea MMPA ini. Alhamdulillah bermula dgn sebuah Al Quran…kini sudah sampai ke misi yg ke 10 Dlm MMPA ini kami akan terjah anak-anak di rumah, sampaikan mesej Quran dan hujungnya kami hadiahkan secara personal senaskah Al Quran Tawjid dan terjemahan.